LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM SEKTOR AWAM (EKSA) KE KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Latihan EKSA, Jabatan Tenaga Manusia akan membuat satu Lawatan Penanda Aras EKSA ke Bahagian Pendaftaran Negara & Pertubuhan dan Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri. Sehubungan itu, YBrs. Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri lawatan tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh   

:

01 Mac 2023 (Rabu)

Masa   

:

2.30 petang sehingga selesai

Tempat         

:

Blok D1, Kementerian Dalam Negeri Malaysia


Pelaksanaan lawatan penanda aras ini adalah merupakan  inisiatif  kedua yang dilaksanakan di peringkat Jabatan dalam mendapatkan Persijilan EKSA JTM dengan pihak MAMPU. Objektif utama pelaksanaan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JTM mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan Amalan EKSA di samping mendapatkan idea-idea berkenaan ‘best pratices’ yang boleh diamalkan di JTM kelak.

Copyright © EKSA Jabatan Tenaga Manusia 2022 All rights reserved. Rekabentuk Oleh JTM WebTeam