LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM SEKTOR AWAM (EKSA) KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Latihan EKSA, Jabatan Tenaga Manusia akan membuat satu Lawatan Penanda Aras EKSA ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sehubungan itu, YBrs. Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri lawatan tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh   

:

18 Ogos 2022 (Khamis)

Masa   

:

9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat         

:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Pergerakan ke KLIA menggunakan kenderaan ILP Kuala Lumpur)


Pelaksanaan lawatan penanda aras ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu dilaksanakan di peringkat Jabatan dalam mendapatkan Persijilan EKSA JTM dengan pihak MAMPU pada tahun ini. Objektif utama pelaksanaan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JTM mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan Amalan EKSA di JKDM LTA-KL di samping mendapatkan idea-idea berkenaan ‘best pratices’ yang boleh diamalkan di JTM kelak.

Copyright © EKSA Jabatan Tenaga Manusia 2022 All rights reserved. Rekabentuk Oleh JTM WebTeam