PERBINCANGAN JAWATANKUASA AUDIT

Sebagai persediaan untuk menjalankan audit EKSA JTM pada 6 Oktober, Jawatankuasa Audit telah melaksanakan sesi perbincangan bagi melicinkan gerak kerja semasa proses pengauditan. Antara perkara yang dibangkitkan adalah: 

i) Garis Masa Pengauditan Dalaman JTM yang akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali dan turut melibatkan Audit Susulan bagi membolehkan setiap zon menambah baik  prestasi ruang / kawasan yang terlibat. 

ii) Pergerakan Ahli Jawatankuasa Audit bagi Pengauditan Dalaman kali ini akan dilaksanakan secara bersepadu, di mana seramai tujuh (7) orang Juruaudit akan bergerak bersekali untuk menilai dan memberi pemarkahan mengikut komponen bagi setiap zon.

iii) Pemarkahan bagi setiap zon akan dikira berdasarkan purata pemarkahan yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik.

iv) Semasa sesi Pengauditan Dalaman dilaksanakan, Penyelaras Zon akan membawa Jawatankuasa Audit ke ruang atau kawasan yang terbaik berdasarkan kriteria pemarkahan mengikut komponen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dilampirkan Minit Perbincangan Jawatankuasa Audit.

Copyright © EKSA Jabatan Tenaga Manusia 2022 All rights reserved. Rekabentuk Oleh JTM WebTeam