UTAMA
- Details
- Written by: Zawawi
KETERANGAN BERKENAAN LOGO
Ikon berbentuk mentol melambangkan halatuju dan matlamat JTM dalam usaha menambahbaik persekitaran kerja dan meningkatkan produktiviti
Bentuk daun melambangkan percambahan buah fikiran yang berteraskan amalan hijau
Bentuk tapak tangan melambangkan kerjasama diantara semua bahagian di JTM
- Details
- Written by: Zawawi
• Meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti perkhidmatan melalui amalan persekitaran tempat kerja yang kondusif (kemas, bersih, selesa dan selamat).
• Memastikan warga JTM mengamalkan disiplin kerja dan menerapkan semangat kerjasama berpasukan pada tahap yang tinggi di tempat kerja.
• Memastikan kecekapan dan keberkesanan operasi di tempat kerja serta memupuk hubungan harmoni dalam persekitaran organisasi berprestasi tinggi.
• Menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JTM selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
• Membudayakan amalan hijau melalui pelaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau yang dapat mengurangkan pembaziran sumber, ruang, masa, kos dan tenaga.
• Meningkatkan imej korporat JTM dalam memenuhi ekspektasi dan menggembirakan pelanggan (delighting customers) JTM (dalaman dan luaran).